Nagelsmann pengendali baharu Bayern

 Julian Nagelsmann
Julian Nagelsmann
A
A
A

PENGENDALI RB Leipzig, Julian Nagelsmann sah bakal menyertai Bayern Munich dengan kontrak selama lima tahun pada penghujung musim ini.

Terdahulu, Hansi Flick telah menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan tugasnya selaku pengendali The Bavarians selepas berakhirnya saingan musim ini.

Pada usia 33 tahun, Nagelsmann dianggap antara jurulatih muda berprofil tinggi di pentas Eropah susulan kejayananya menerajui Leipzig mara ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

"Julian Nagelsmann mewakili generasi baharu jurulatih berkaliber yang ada pada masa kini," kata Presiden Bayern, Herbert Hainer.

Sebagai rekod, Nagelsmann muncul pengendali termuda dalam sejarah Bundesliga apabila dia dilantik sebagai ketua jurulatih kelab Hoffenheim pada Februari 2016 ketika berusia 28 tahun.

Selepas berhijrah ke Leipzig pada 2019, dia berjaya membantu kelab itu menamatkan saingan Bundesliga di tangga ketiga serta mara ke pentas separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Artikel Berkaitan: