Bayern Munich tidak bertenaga di Mainz

Thomas Tuchel - Foto AFP
Thomas Tuchel - Foto AFP
A
A
A

GERGASI Jerman Bayern Munich tewas 1-3 kepada Mainz 05 dalam aksi Bundesliga di Mewa Arena pada Sabtu.

Tiga gol dilepaskan dalam tempoh 14 minit menyaksikan penyandang juara itu melakar kekalahan keempat liga selepas 29 perlawanan dengan baki lima aksi.

The Bavarians, yang disingkirkan Manchester City dalam perlawanan fasa lapan terbaik Liga Juara-Juara, tidak dapat membayangkan prestasi hambar selepas mendahului 1-0 hasil tandukan Sadio Mane pada minit ke-29.

Namun Mainz bangkit dengan tiga gol selepas itu hasil jaringan Ludovic Ajorque (m-66), Leandro Barreiro (m-73) dan Aaron Martin (m-79) untuk 10 perlawanan tanpa kekalahan buat Mainz.

Keputusan itu menyaksikan Mainz kini berada di tangga keenam dan dalam perebutan tempat di Eropah musim depan.

Sementara itu, Bayern, yang memburu mahkota liga ke-11 berturut-turut, dengan 59 mata dan Borussia Dortmund di tempat kedua, dengan 57, boleh mengambil alih pendahuluan dengan kemenangan ke atas Eintracht Frankfurt pada Sabtu.

Walaupun memiliki lebih 70 peratus penguasaan bola lebih sejam, Bayern bimbingan Thomas Tuchel, yang kini hanya memenangi dua daripada tujuh perlawanan terakhir di bawah bekas jurulatih Mainz itu, tidak dapat mencipta peluang lagi.

“Kami seperti tidak mempunyai sebarang tenaga lagi. Terlalu banyak yang berlaku kepada pasukan ini dan ia bergelut untuk bangkit apabila keadaan tidak menjadi seperti yang diharapkan.

“Ia amat sukar untuk membangunkan semangat para pemain sebagai sebuah pasukan untuk melawan.

“Kami bergelut untuk memenangi perlawanan ini. Kami mengawal permainan, namun malangnya tidak menjaringkan gol kedua. Kami tidak cukup fokus,” kata Tuchel.