Siri vivo V21 bakal mengegarkan dunia telefon pintar hari ini

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Telefon pintar siri vivo V21 yang dilancar di Malaysia hari ini bakal menjadi siri swafoto terbaik dalam jenama itu dengan pelbagai penampilan berasaskan teknologi terkini.

Menurut vivo Malaysia, siri vivo V21 bakal menjadi telefon vivo siri V pertama yang dilengkapi teknologi vivo V RAM Tambahan yang akan membekalkan tambahan daripada storan dalaman sebanyak 3GB. Selain itu, ia juga akan dilengkapi cipset Dimensity 800U dan RAM 8GB.

Bagi paparan skrin pula, kedua-dua telefon mengaplikasikan teknologi terkini skrin E3 AMOLED Full HD+ 6.44 inci dengan keterangan 800 nits dan kadar segar semula 90Hz.

Daripada segi dimensi, siri vivo V21 mempunyai badan senipis 7.29mm dan berat hanya 176 gram sahaja.

No Image Caption

Pengeluar jenama telefon pintar masa kini pastinya akan menitik beratkan aspek fotografi dan kamera yang menjadi elemen wajib oleh para peminatnya.

Oleh itu, vivo V21 tampil dengan kecanggihan teknologi terbaik apabila ia dilengkapi kamera swafoto 44MP dengan fungsi penstabilan imej optikal (OIS) Super Night Selfie, menjadikannya telefon pintar pertama yang mempunyai kamera swafoto sedemikian.

Artikel Berkaitan:

Manakala untuk vivo V21e pula, ia dilengkapi set cip Qualcomm Snapragon 720G dengan kamera utama kamera swafoto 44MP Eye Autofocus.

Kedua-dua telefon akan mempunyai kamera utama 64MP OIS, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP yang boleh merakam dalam resolusi 4K.

No Image Caption

Disamping itu juga, vivo V21 ini turut disokong oleh UFS 2.2, yang menawarkan 110 peratus kelajuan bacaan dan 95 peratus kelajuan tulisan berbanding dengan generasi teknologi sebelum ini dalam V20.

Ia telah diuji dalam makmal di mana pemasangan aplikasi berskala besar (games) 10 peratus lebih laju, masa untuk menyalin fail bersaiz 8GB berkurangan sehingga 20 peratus. Jadi pengguna dapat menjimat masa berbanding sebelum ini.

Siri vVivo V21 boleh dibeli di pengedar sah dan kedai konsep vivo Malaysia di seluruh negara atau melalui pembelian atas talian dengan klik pautan di bawah:

E-store: http://bit.ly/V21KOLUnboxing

Lazada: http://bit.ly/LazadaV21SeriesUnboxing

Shopee: http://bit.ly/vivoV21Shopee