Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Laut ke-87

Foto ihsan Facebook Istana Negara.
Foto ihsan Facebook Istana Negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-87 kepada seluruh warganya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara menerusi Facebook pada Selasa, ucapan berkenaan turut ditujukan Al-Sultan Abdullah kepada veteran dan semua yang pernah berkhidmat dengan TLDM.

“Jasa, khidmat dan bakti TLDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan perairan negara amat dihargai dan disanjungi.

“Semoga TLDM terus menjadi sebuah angkatan laut yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa. Syabas dan tahniah,” titah baginda. - Bernama

Artikel Berkaitan: