Undang-undang kawal ijazah palsu masih lemah

 PROF MOHD SAHANDRI
PROF MOHD SAHANDRI
A
A
A

SUDAH sampai masa kerajaan perlu memikirkan keperluan untuk mempunyai satu undang-undang tegas membabitkan pemilikan ijazah palsu oleh seseorang individu kerana terutama dalam bidang kritikal seperti doktor atau kejuruteraan.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dr. Mohd Sahandri Gani Hamzah berkata, isu masalah ijazah akademik palsu berkenaan berlaku disebabkan tiada pengawalan dan hukuman yang tertulis dalam rang undang-undang secara jelas.

Menurutnya, selain itu, kuasa autonomi yang tidak terkawal dan kurangnya pemantauan pengeluaran ijazah terutamanya institusi swasta menjadi antara penyumbang kepada masalah lambakan sijil akademik palsu berkenaan.

"Ijazah palsu tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan kredibiliti pendidikan dan imej negara. Masalah ini perlu ditangani secara serius untuk mengelak gangguan kepada sistem kualiti. Perlu ada satu mekanisma untuk pantau masalah ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Biarpun kecoh, ijazah palsu masih dijual di Internet

ARTIKEL BERKAITAN:Sijil palsu: 30 hingga 40 kes direkod sebulan

"Contohnya, semua institusi perlu ada sistem arkeologi data bagi ijazah yang dikeluarkan institusi masing-masing," katanya.

Sahandri berkata, melalui sistem berkenaan, sekiranya ijazah digunakan untuk memohon pekerjaan, pihak majikan boleh mengakses serta melihat dalam sistem sama ada ijazah berkenaan benar-benar dikeluarkan institusi pendidikan ataupun ciplak.

Menurutnya, elemen seperti kod maklum balas pantas (QR code) perlu diwujudkan semua pengeluar ijazah untuk membolehkan majikan menyemak dan membuktikan keaslian sebelum mengambil pekerja.

"Negara kita boleh contohi Singapura. Bagi sesiapa yang guna ijazah akademik palsu boleh dipenjara dan denda, katanya.

Artikel Berkaitan: