MP UMNO saran Syed Saddiq tarik balik laporan

Syed Saddiq
Syed Saddiq
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diminta untuk menarik balik laporan polis terhadap Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris jika tidak mahu mendapat malu.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, terdapat perbezaan yang jauh antara mencekak leher dengan meletakkan tangan di atas bahu berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh Ahli Parlimen Muar itu.

"Cukup-cukuplah bersandiwara untuk menutup kelemahan. Mungkin ada pepatah Inggeris, "remaining childish is a tremendous state of innocence"; tetapi saudara sudah menjadi pemimpin.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq sedia disaman Papagomo

"Kita tidak mahu ada 'pemimpin palsu'. Tinggalkan segera mindset 'kebudak-budakan' itu. Elok tarik balik laporan itu sebelum anda lebih memalukan diri sendiri," katanya menerusi satu hantaran di akaun Facebooknya hari ini.

Pada Sabtu lalu, Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan membuat laporan polis selepas mendakwa diserang oleh Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

Insiden itu viral di media sosial melalui klip video selama 22 saat memaparkan Syed Saddiq dikerumuni penyokong parti pembangkang ketika dalam perjalanan menuju ke keretanya selepas selesai proses penamaan calon bagi PRK DUN Semenyih.

Syed Saddiq diiringi oleh anggota polis serta anggota Unit Amal PAS sambil dikejar sekumpulan lelaki.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Reezal Merican berkata, rakyat kecewa apabila sebuah kerajaan yang digambarkan sebagai cekap dan mampu membawa obor Malaysia Baharu tetapi kini dibelenggu dengan budaya kepalsuan yang berterusan.

"Bermula dengan banyaknya 'janji palsu' yang menipu dan membohongi rakyat. Manifesto dijadikan dokumen rasmi pembohongan kerajaan PH.

"Kemudiannya, kita dihidangkan dengan 'kepalsuan sijil dan latar belakang pendidikan'. Tanpa sesal, aib dan malu, mereka memohon maaf kerana menipu rakyat sesuka hati," ujar beliau.