Kementerian Pertahanan cadang tambah 13 bot pemintas

LUMUT - Kementerian Pertahanan bercadang untuk menambah 13 lagi bot pemintas “Fast Interceptor Craft” (FIC) bernilai lebih RM120 juta bagi memperkasakan lagi pertahanan negara khususnya di bahagian perairan.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menerima enam bot berkenaan yang kesemuanya bernilai RM80 juta pada 19 Mac lalu..
“Ini merupakan fasa pertama kita menerima FIC dan kita bercadang untuk tambah 13 lagi (FIC) dalam tempoh yang terdekat.
"Bot FIC ini akan membantu pasukan secara keseluruhan bukan sahaja Ops Benteng tetapi juga tugas-tugas (keselamatan yang lain),” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan demonstrasi bot berkenaan di Jeti Peluru, Pangkalan TLDM Lumut pada Isnin.