Pendirian Gapan jelas tolak rasuah

Muzamir Mustafa
Muzamir Mustafa
A
A
A

SHAH ALAM - Rasuah mampu meruntuhkan kegemilangan negara dan menjadikan rakyat porak-peranda serta menghancurkan institusi kekeluargaan.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Anak-Anak Negeri (Gapan), Datuk Muzamir Mustafa berkata, rasuah merupakan perbuatan yang sukar dibendung dan terus berlaku dalam masyarakat.

Justeru katanya, fasa ‘pembersihan’ perlu untuk menghapuskan rasuah daripada terus menular.

“Susah untuk menghapuskan rasuah kerana ia sudah membarah tetapi jika dilakukan fasa pembersihan daripada peringkat akar umbi, saya yakin negara kita akan bebas rasuah,” katanya kepada Sinar Ahad.