Liverpool kempunan tiga mata

Salah menjaringkan gol tunggal Liverpool di Anfield sebentar tadi.
Salah menjaringkan gol tunggal Liverpool di Anfield sebentar tadi.
A
A
A

LIVERPOOL terlepas peluang meraih tiga mata berharga selepas sekadar seri 1-1 ketika menentang Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield sebentar tadi.

Joe Willock muncul watak pemusnah Liverpool apabila meledak gol penyamaan buat Newcastle pada masa kecederaan babak kedua bagi memadam jaringan pembukaan penyerang berbisa The Reds, Mohamed Salah seawal minit ketiga.

Sebelum itu, The Hammers berjaya menyamakan kedudukan, juga dalam masa kecederaan babak kedua, namun jaringan Callum Wilson dibatalkan selepas pengadil perlawanan, Andre Marriner merujuk video bantuan pengadil (VAR).

Keputusan seri itu menyaksikan Liverpool sekadar naik satu anak tangga untuk berada di tangga keenam liga apabila mengumpul 54 mata - ketinggalan satu mata di belakang Chelsea yang menduduki kedudukan keempat.

Jika menang ke atas Newcastle, Liverpool berpeluang melonjak ke tangga keempat - slot terakhir yang akan menjamin tempat buat mana-mana pasukan untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Artikel Berkaitan: