Bantuan asnaf dinaikkan sehingga RM800

Abdul Aziz (kiri) dan Aminuddin (dua dari kiri) bersama asnaf memegang replika cek jumlah keseluruhan bantuan zakat tahun ini.
Abdul Aziz (kiri) dan Aminuddin (dua dari kiri) bersama asnaf memegang replika cek jumlah keseluruhan bantuan zakat tahun ini.
A
A
A

SEREMBAN - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menaikkan bantuan asnaf fakir dan miskin dari RM250 kepada maksimum sehingga RM800 sebulan dengan mengikut kadar had kifayah.

Pengerusi MAINS, Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir berkata, penambahbaikan itu dilakukan bermula bulan lalu selepas mengambil kira keadaan semasa.

"Bagi kadar had kifayah fakir adalah minimum RM250 hingga RM800 manakala bagi kadar had kifayah miskin adalah minimum RM250 hingga RM550," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Asnaf di Menara MAINS di sini, pada Sabtu.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Selain itu beliau katanya, MAINS telah memperuntukkan sebanyak RM152 juta pada tahun ini untuk diagihkan kepada lapan golongan asnaf yang layak di negeri ini iaitu meningkat berbanding tahun lalu iaitu RM114 juta.

Ujarnya, daripada RM152 juta yang diperuntukkan, sebanyak RM 37 juta dikhususkan kepada golongan fakir, miskin serta bantuan kepada masjid dan surau di seluruh negeri ini.

"Sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini juga, seramai 4,365 golongan asnaf menerima bantuan tambahan khas sebanyak RM300 dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.39 juta," katanya.

Dalam pada itu Aminuddin berkata, sebanyak RM 37,288,926 telah diperuntukkan MAINS untuk bantuan zakat khususnya melibatkan bantuan asnaf fakir dan miskin serta bantuan kepada masjid serta surau.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pada Majlis berkenaan seramai 84 asnaf daripada kariah Masjid Dato’ Klana Petra Mohd. Yusof, kariah Masjid Negeri dan Surau Rumah Rakyat Dusun Nyior menerima bantuan.