X

Kindly register in order to view this article
!

Nasib 53 kru KRI Nanggala-402 masih belum diketahui

Operasi mencari serta menyelamat (SAR) kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang pada Rabu lalu sedang giat dilakukan.
A
A

JAKARTA- [DIKEMASKINI] Sejak semalam tular berita yang mendakwa kononnya kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI), KRI Nanggala-402 telah ditemui.

Bagaimanapun, memetik Detik.com, TNI menafikan kenyataan itu dan menjelaskan berita penemuan kapal itu sama sekali tidak boleh dijadikan sebagai asas kukuh serta rujukan.

Katanya, laporan itu antaranya menyatakan pergerakan di dalam laut berjaya dikesan.

“Pergerakan itu berjaya dikesan oleh kapal KRI Raden Eddy Martadinata (KRI) Raden Eddy Martadinata (331).

“Tambahan pula, berdasarkan penemuan itu terdapat laporan tambahan mengenai penemuan KRI REM331 di dalam air dengan kelajuan 2.5 knot. Isyarat itu kemudiannya hilang sehingga belum cukup untuk mengenal pasti jejak itu sebagai kapal selam,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan pihak tentera dan agensi melakukan operasi mencari serta menyelamat (SAR) kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang pada Rabu lalu pada kadar maksimum yang mungkin.

Jokowi berkata, keutamaan dalam misi itu ialah menyelamatkan nyawa 53 kru yang berada di dalam kapal selam tersebut yang hilang ketika menyertai satu latihan ketenteraan di luar pantai Bali.

Kapal selama buatan Jerman itu dilaporkan hilang kira-kira 95 kilometer ke utara Bali pada pukul 4.25 pagi pada Rabu lalu selepas terlibat dalam satu latihan torpedo.Sebelum ini, TNI mengesahkan bekalan oksigen yang terdapat dalam kapal selam tersebut hanya kekal bertahan selama 72 jam sahaja.

Ini bermakna bekalan oksigen kapal selam TNI tersebut akan kehabisan sehingga pukul 3 pagi Sabtu. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN 53 kru KRI Nanggala 402 berdepan risiko keracunan karbon monoksida

Indonesia: Kapal selam TNI hilang di perairan Bali


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!