Lima ditahan jual minuman keras, rokok seludup

Antara arak dan rokok seludup yang dirampas dalam serbuan dilakukan di dua buah rumah di Sendayan, Seremban pada Rabu. - (Foto: Ihsan PDRM)
Antara arak dan rokok seludup yang dirampas dalam serbuan dilakukan di dua buah rumah di Sendayan, Seremban pada Rabu. - (Foto: Ihsan PDRM)
A
A
A

SEREMBAN - Minuman keras pelbagai jenama dan rokok seludup dianggarkan bernilai RM50,000 dirampas dalam serbuan dilakukan di dua buah rumah di Sendayan, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat dan risikan Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan.

"Lima lelaki termasuk seorang warga asing berusia 25 hingga 40 tahun ditahan di lokasi kerana disyaki terlibat.

"Turut dirampas ialah 275 karton minuman keras pelbagai jenama, 103 karton rokok pelbagai jenama, 346 botol dan 39 tin minuman keras pelbagai jenama," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, kesemua hasil rampasan dianggarkan bernilai lebih kurang RM50,000 dan kes disiasat mengikut Sekyen 135 (1) (d) Akta Kastam.

Artikel Berkaitan: