Polis tahan Fahmi Reza

Fahmi Reza
Fahmi Reza
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pereka grafik, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin ditahan polis dipercayai bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Jumaat.

Tular di laman Twitter yang mendakwa Fahmi Reza telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi mengesahkan Fahmi Reza telah ditahan.

"Saya sahkan dia ditahan di IPD Dang Wangi, tetapi kes disiasat oleh Bukit Aman," katanya ringkas tanpa mengulas lanjut mengenai kes yang disiasat terhadap Fahmi Reza.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap seorang pengguna laman sosial Facebook yang didakwa menghina Raja Permaisuri Agong.

Menurutnya, individu yang menggunakan nama Fahmi Reza bertindak demikian melalui satu entri yang dipercayai menghina Raja Permaisuri Agong dengan perkataan 'This is dengki ke?'

Ahmad Fadhli yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas berkata, pihaknya telah melakukan pemantauan dan sememangnya individu berkenaan dipercayai sudah banyak kali menghasilkan lakaran kartun yang mengganggu sensitiviti perkauman dan agama masyarakat majmuk.

Artikel Berkaitan:

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan Sinar Harian pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Hina Permaisuri: Kerajaan perlu ambil tindakan terhadap Fahmi Reza