Wanita antara tiga pengedar dadah ditahan polis

Anuar Omar
Anuar Omar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai tiga individu termasuk seorang wanita warga tempatan yang disyaki pengedar dadah ditahan di Kuchai Enterpreneur Park Off Jalan Kuchai Lama, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, tiga suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 39 tahun itu ditahan pada jam 10 malam.

"Hasil pemeriksaan, kita menemui tujuh paket plastik mengandungi dadah jenis MDMA anggaran berat 63.3 gram dan satu biji pil disyaki dadah jenis ecstacy bernilai RM3,816," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Anuar berkata, suspek dipercayai terlibat dalam aktiviti mengedar dadah sejak dua bulan lalu.

"Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenalpasti ahli sindiket yang terlibat dan sumber bekalan yang diperolehi," katanya.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal urin mendapati ketiga-tiga suspek negatif dadah dan tiada rekod kesalahan lampau," katanya.

Anuar berkata, kesemua suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama tujuh hari bermula Jumaat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati," katanya.

Artikel Berkaitan: