Johor arahkan 10 buah sekolah agama ditutup sementara

Gambar kecil: Tosrin Jarvanthi
Gambar kecil: Tosrin Jarvanthi
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri mengarahkan 10 Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) di empat daerah di negeri ini ditutup bermula Ahad hingga 3 Mei ini selepas terdapat penyebaran Covid-19.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, arahan penutupan itu melibatkan tempoh berbeza-beza mengikut sekolah terbabit iaitu di Johor Bahru, Mersing, Kota Tinggi dan Kulai.

"SAKJ Tambatan Tinggi di Johor Bahru mula ditutup pada 18 April hingga 27 April ini, selain SAKJ Teriang dan SAKJ Tan Sri Abd Kadir dalam mukim Triang di Mersing ditutup dari 20 April hingga 3 Mei ini.

"SAKJ Bandar Endau, SAKJ Semanyir, SAKJ Belukar Juling dan SAKJ Pusat Air Tawar dalam mukim Endau, Mersing ditutup dari 20 April hingga 3 Mei ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, SAKJ Taman Sri Saujana di Kota Tinggi ditutup bermula 18 hingga 28 April.

"SAKJ Taman Kota Kulai 2 ditutup dari 18 hingga 24 April, manakala SAKJ Taman Muhibah ditutup 20 hingga 27 April ini. Kedua-dua sekolah agama berkenaan berada dalam daerah Kulai," katanya.

Artikel Berkaitan: