Mesyuarat khas ASEAN diharap dapat pulihkan konflik di Myanmar

Mesyuarat khas Pemimpin ASEAN di Jakarta pada Sabtu ini penting kerana ia akan menentukan kemungkinan perdamaian antara kerajaan tentera (Tatmadaw) dan awam di Myanmar dapat dicapai. - Foto 123RF
Mesyuarat khas Pemimpin ASEAN di Jakarta pada Sabtu ini penting kerana ia akan menentukan kemungkinan perdamaian antara kerajaan tentera (Tatmadaw) dan awam di Myanmar dapat dicapai. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mesyuarat khas Pemimpin ASEAN di Jakarta pada Sabtu ini penting kerana ia akan menentukan kemungkinan perdamaian antara kerajaan tentera (Tatmadaw) dan awam di Myanmar dapat dicapai, kata bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Mesyuarat itu juga akan membantu perancangan untuk memulihkan demokrasi di negara itu selepas rampasan kuasa tentera pada 1 Februari lalu, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Malaysia dan Indonesia yang menjadi peneraju utama dalam usaha memulih dan menamatkan krisis politik di Myanmar.

Menerusi mesyuarat itu, katanya, diharapkan ASEAN dan Tatmadaw dapat menamatkan pergolakan dan memulakan aktiviti kemanusiaan yang telah dimulakan UNHCR dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa di Myanmar.

"Mesyuarat khas itu penting kerana ini adalah kali pertama ASEAN mengadakan perbincangan mengenai konflik dalaman membabitkan anggota ASEAN dan ini merupakan langkah penting," kata Syed Hamid yang pernah dilantik utusan khas OIC ke Myanmar. - Bernama

Artikel Berkaitan: