Lelaki rembat ayam jiran direman

No Image Caption
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Gagal meloloskan diri, seorang lelaki direman empat hari gara-gara mencuri seekor ayam milik jirannya.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 12.30 pagi di Kampung Pengkalan Arang, Kuala Nerus disedari pemilik ayam itu dan bertindak mengejarnya.

Lelaki berusia 29 tahun itu bagaimanapun dapat ditangkap motosikal yang ditunggangi bersama seorang rakannya terbabas.

Menurut sumber, suspek dipercayai antara individu yang dicari kerana sering mencuri ayam di sekitar kawasan kampung tersebut, malah pernah dikejar penduduk tetapi berjaya melarikan diri.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/ Sesyen Kuala Terengganu, Roszita Md Saad mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap suspek selama empat hari sehingga Selasa ini untuk disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Artikel Berkaitan: