AS minta calonkan Trump untuk Hadiah Nobel Keamanan

Abe (kiri) bertemu Trump ketika mesyuarat bilateral di luar Perhimpunan Agung PBB di New York pada September lalu.
Abe (kiri) bertemu Trump ketika mesyuarat bilateral di luar Perhimpunan Agung PBB di New York pada September lalu.
A
A
A

TOKYO - JEPUN. Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mencalonkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk Hadiah Nobel Keamanan pada musim gugur lalu selepas diminta Washington untuk berbuat demikian, lapor akhbar Asahi pada Ahad.

Laporan itu dikeluarkan selepas jutawan hartanah terbabit pada Jumaat lalu mendakwa Abe membuat pencalonan itu kononnya untuk membuka rundingan bagi meredakan ketegangan dengan Korea Utara.

Menurut Trump, pemimpin terbabit telah memberikan salinan surat setebal lima muka surat itu kepadanya.

Asahi menerusi laporan mereka pula mendedahkan Washington telah menyuarakan tentang pencalonan itu selepas sidang kemuncak bersejarah antara AS dan Korea Utara pada Jun lalu.

Laman web Yayasan Nobel dalam satu kenyataan memaklumkan pencalonan Hadiah Nobel Keamanan boleh dikemukakan oleh mana-mana individu yang memenuhi kriteria termasuk ketua negara dan identiti atau maklumat calon yang tidak berjaya tidak akan didedahkan selama 50 tahun. - Reuters

Artikel Berkaitan: