X

Kindly register in order to view this article
!

Chelsea tidak berhak menang

Pemain Chelsea banyak melakukan kesilapan pada perlawanan berkenaan.
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel menyifatkan skuad kendaliannya itu tidak berhak untuk menang ketika berdepan Brighton di Stamford Bridge, pada awal pagi Rabu.

Menurut Tuchel, The Blues sebenarnya bernasib baik apabila tidak tewas kepada The Seagulls gara-gara terlalu banyak melakukan banyak kesilapan di sepanjang perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun menurut Tuchel, keputusan sedemikian dilihat agak kritikal ketika saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin hampir ke penghujungnya dan boleh menjejaskan misi The Blues untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat pasukan teratas EPL.

“Secara realitinya, kami tidak berhak untuk memenangi perlawanan ini. Mungkin ini kali pertama sejak saya tiba di sini (Stamford Bridge),tetapi hakikat ini perlu diterima.

“Brighton mempamerkan aksi yang baik di sepanjang perlawanan. Mereka bertahan dengan agresif selain turut mencipta banyak peluang gol berbanding kami yang dilihat banyak mensia-siakan peluang yang ada.

Biarpun menguasai perlawanan, pemain Chelsea gagal menjaringkan gol pada perlawanan berkenaan.
Biarpun menguasai perlawanan, pemain Chelsea gagal menjaringkan gol pada perlawanan berkenaan.

“Kami juga banyak melakukan kesilapan selain tidak banyak mencipta peluang. Ia menyebabkan kami gagal memberikan tentangan sengit kepada Brighton hingga ke penghujung perlawanan,” katanya.

Keputusan itu juga menyaksikan Chelsea kini berada pada kedudukan keempat dengan 55 mata, namun diekori rapat West Ham serta Liverpool yang boleh mencipta kejutan memintas kedudukan The Blues pada saat akhir.

Tambah Tuchel dia turut kecewa dengan kekalahan berkenaan kerana Chelsea berpeluang berada pada kedudukan ketiga sekiranya menewaskan Britghton.

“Kami kecewa.Kami mahukan kemenangan kerana tahu bagaimana gentingnya keadaan ketika ini kerana kami mahu berada pada kedudukan ketiga selepas perlawanan ini; tapi ia hanya berlaku jika kami memenangi perlawanan ini.

“Tetapi kami gagal melakukannya dan malah kami bernasib baik tidak tewas. Kami melakukan banyak kesilapan gara-gara keletihan dari segi mental dan fizikal,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!