Wanita ditahan bantu siasatan kes tuntutan palsu hampir RM20 juta

Suspek direman selama enam hari untuk membantu siasatan.
Suspek direman selama enam hari untuk membantu siasatan.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang penyelia sebuah sekolah asrama di Kota Tinggi bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu kontrak pembekalan makanan pelajar sekolah bernilai hampir RM20 juta.

Wanita berusia 40 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor pada jam 10 malam Isnin.

Hasil siasatan dijalankan mendapati, wanita berkenaan dipercayai bersubahat dengan beberapa syarikat kontraktor dengan membuat tuntutan berhubung kontrak pembekalan makanan bermasak untuk pelajar bagi tahun 2015, 2018 dan 2020.

Difahamkan, jumlah tuntutan yang dibuat hampir RM20 juta yang mana pembekalan makanan tersebut meragukan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan wanita itu ditahan reman selama enam hari, bermula hari ini (Selasa).

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret, Nur Izzaty Mohammad Zahari.

Artikel Berkaitan: