Ugut bunuh: Uncle Kentang tak lapor polis

Kuan Chee Heng
Kuan Chee Heng
A
A
A
SEMENYIH - Calon Bebas, Kuan Chee Heng tidak bercadang untuk membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh diterimanya melalui panggilan telefon malam semalam.

Menurutnya, beliau menganggap individu tersebut tidak matang dan enggan melayan ugutan dari lelaki berkenaan.

Namun, beliau yang dikenali sebagai Uncle Kentang tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya menerima ugutan seumpama itu selepas ini.

“Bila difikirkan, saya rasa tidak perlu membuat laporan polis. Saya anggap individu itu tidak matang dalam berpolitik.

“Pagi tadi dalam jam 7 pagi dia ada hubungi saya lagi, saya terus sekat nombornya. Saya tak mahu layan orang sebegitu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Malam semalam, Chee Heng mendakwa beliau menerima ugutan bunuh dari seorang lelaki tidak dikenali kira-kira jam 8.30 malam.

Beliau berkata, lelaki tersebut bukan sahaja mengugut dirinya malah mengugut mahu membunuh keluarganya juga.

“Saya terima panggilan telefon dari nombor tak dikenali, berulang kali dia hubungi saya. Bila angkat, ada lelaki Cina kata nak bunuh saya, nak bunuh keluarga saya.

“Saya balas kata dia bodoh. Walaupun dia ugut sebegitu, dia sebenarnya memberi semangat kepada saya untuk bertanding. Saya tak gentar dengan ugutannya,” katanya.

Artikel Berkaitan: