X

Kindly register in order to view this article
!

Projek PR1MA terbengkalai akan diteruskan semula

Shahidan
A
A

KUALA LUMPUR - Projek kediaman Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang terbengkalai sebelum ini akan diteruskan semula.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, tiada keperluan untuk membatalkan projek itu memandangkan projek tersebut berdaya maju dan boleh dijual dengan cepat.

"Projek PR1MA tak perlu ditutup memandangkan rumah tersebut dibina di tempat yang strategik.

"Mungkin ada dua kes yang dilihat tidak bagus, tapi ia tidak melibatkan keseluruhan PR1MA.

"Sebagai contoh di Brickfields, projek tersebut memenuhi matlamat dan mendapat permintaan tinggi," katanya pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa bersama media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Ahad.

Tambahnya, sehingga Mac 2021, 23101 unit telah berjaya disiapkan dengan lebih 50 peratus daripadanya terjual.

Sementara itu pada majlis yang sama, Ahli Parlimen Arau itu menasihatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar mengeluarkan komen positif bagi menarik pelabur luar untuk melabur di Malaysia.

Katanya, komen yang bersifat negatif tidak akan membantu dalam menaikkan ekonomi negara yang terkesan akibat Covid-19.

"Saya minta Najib supaya beri pandangan positif kepada kerajaan dan ambil daya usaha tarik pelabur.

"Kita mesti nampakkan kestabilan politik jadi dengan cara tersebut pelabur luar akan masuk melabur di Malaysia, " katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Darurat, PKP tidak berjaya kawal Covid-19: Najib


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!