Klip video sentap: Tiada kaitan dengan mana-mana individu

Drama Band
Drama Band
A
A
A

VOKALIS kumpulan Drama Band, Aepul Roza, tampil menjelaskan berhubung video klip lagu terbaharu berjudul Drama tiada kaitan dengan mana-mana individu.

Menurut Aepul, idea dalam penghasilan video klip itu hanya berdasarkan penceritaan lagu berkenaan.

"Seperti yang kami lampirkan disclaimer di awal video, cerita ini hanya rekaan dan kalau ada yang terasa, bukanlah niat kami untuk menyakiti sesiapa.

"Mungkin hanya perasaan negatif dalam pandangan mereka yang buat mereka rasa begitu.

"Idea video klip tu berkisarkan kisah yang ingin disampaikan dalam lirik lagu tu. Berkenaan satu subjek yang merasa telah ditipu oleh subjek yang dia sukai, minati dan sayangi. Kami sampaikan rekaan cerita melalui mesej yang mudah difahami," katanya kepada Sinar Harian mereka terima komen dan kritikan dengan hati terbuka.

No Image Caption



No Image Caption

Tambah Aepul, Drama Band sangat berbesar hati kerana mendapat respon daripada pendengar dan penonton video.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah. Baik atau buruk komennya, kami terima," ujarnya.

Biarpun video klip terbabit telah menerima pelbagai pandangan positif dan negatif, kata Aepul kumpulannya tidak akan membuat sebarang perubahan.

"Video klip masih diteruskan. Kami letakkan usaha yang banyak dalam penghasilan lagu dan klip video ini," tegasnya.

Aepul juga memberitahu perkara yang berlaku itu bukan berniat untuk mencari publisiti menerusi konsep tular.

"Bukan niat kami untuk viralkan, hanya berkongsi cerita melalui lagu dan karya.

"Mungkin mereka mencari peluang untuk menyakiti kami, kami terima dengan hati terbuka," ujarnya.

No Image Caption

Video klip tersebut mendapat perhatian daripada bekas Dewi Remaja Haneesya Hanee.