Empat kenderaan terbakar disambar api sampah

Anggota bomba sedang memadamkan api dalam kebakaran membabitkan empat buah kenderaan pada awal pagi Ahad.
Anggota bomba sedang memadamkan api dalam kebakaran membabitkan empat buah kenderaan pada awal pagi Ahad.
A
A
A

BAYAN BARU - Empat buah kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir perumahan di Halaman Mayang 5, Taman Bukit Gedung di sini hangus selepas disambar api dipercayai berpunca daripada pembakaran sampah.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Mohd Awis Kharni Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.10 pagi, Ahad, lalu bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, api sedang marak dengan tiga buah kereta dan sebuah van telah disambar api.

"Van dan sebuah kereta terbakar sepenuhnya, manakala dua buah kereta lagi hanya 30 peratus terbakar.

"Siasatan awal mendapati, punca kebakaran adalah disebabkan pembakaran sampah di kawasan berhampiran dengan kawasan parkir perumahan tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut punca sebenar kebakaran.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: