Norwich City kembali ke saingan elit musim depan

Norwich City mengesahkan slot Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.
Norwich City mengesahkan slot Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.
A
A
A

KELAB Liga Kejuaraan, Norwich City mengesahkan slot Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas keputusan seri dilakar pesaing terdekat Swansea dan Brentford dalam perlawanan masing-masing hari ini.

Anak buah Daniel Farke kini mengungguli saingan liga dengan 90 mata hasil 27 kemenangan, sembilan seri dan lima kekalahan selepas mengharungi 41 perlawanan selepas diturunkan dari saingan EPL musim lalu.

Slot The Canaries ke saingan tertinggi liga Inggeris tersebut terjamin setelah Swansea melakar keputusan seri 2-2 menentang Wycombe manakala Brentford pula terikat 0-0 ketika melayan kunjungan Millwall.

Artikel Berkaitan: