Enam peniaga terima notis jual air kosong lebih RM1

Air kosong
Air kosong
A
A
A

MELAKA - Tindakan enam peniaga di negeri ini yang masih menjual air kosong lebih RM1 segelas akhirnya memakan diri selepas masing-masing dikenakan notis.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Norena Jaafar berkata, notis yang dikeluarkan hasil pemeriksaan dijalankan dalam tempoh lapan hari bermula 7 April hingga 15 April lalu.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati masih ada premis yang mengenakan caj untuk air kosong antara RM1 hingga RM1.50 segelas.

"Notis yang dikeluarkan hasil pemeriksaan yang dijalankan pegawai dan penguat kuasa di 12 premis di sekitar daerah Melaka Tengah.

"Kita akan terus melakukan pemantauan dan pemeriksaan termasuk di daerah lain selepas menerima rungutan mengenai caj air kosong yang melampau," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Norena berkata, peniaga atau pemilik premis yang dikeluarkan notis diberikan tempoh sehingga lima hari bagi memberi maklum balas dan siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Artikel Berkaitan: