X

Kindly register in order to view this article
!

Tawar khidmat kejut sahur menerusi panggilan telefon

Khoirul Anam menyediakan perkhidmatan 'jasa bangun sahur' hingga tular di laman sosial. - Foto @anam_chenel
A
A

JAWA - Seorang lelaki dari Magelang Jawa Tengah menawarkan perkhidmatan 'jasa bangun sahur' menerusi panggilan telefon sepanjang Ramadan.

Khoirul Anam melakukan demikian bermula Ramadan pertama dan promosi itu dimuat naik di Instagram @anam_chenel, lapor Tribunnews.

Perkhidmatan unik itu mendapat perhatian warganet dan Khoirul berjaya memperoleh seramai 11 pelanggan buat pertama kalinya.

"Pada puasa pertama, ramai yang hubungi saya untuk bantu kejutkan bersahur. Anggaran dalam 11 orang.

"Bagaimanapun hanya tiga orang sahaja mengangkat telefon, selebihnya masih lena. Saya telah hubungi mereka sebanyak tiga kali, jika tidak bangun, saya hubungi orang lain," katanya.

Jelas Khoirul, perkhidmatan itu adalah percuma di seluruh Indonesia.

"Saya memang lakukan secara percuma, kalau mengenakan bayaran bimbang saya tertidur. Kalau percuma sama-sama tidak rugi.

"Saya akan hubungi mereka bermula jam 2 pagi hingga waktu Imsak dan ingin saya tegaskan, ia hanya dilaksanakan sepanjang Ramadan sahaja," ujarnya yang gembira kerana ramai memberi sokongan terhadapnya.

Pada Isnin, hebahan promosi perkhidmatan 'jasa bangun sahur' menjadi bualan hangat warganet yang disifatkan unik selain memudahkan golongan bujang bangun untuk bersahur bagi menjalani ibadah puasa.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!