Penerima bantuan JKM di Negeri Sembilan meningkat

Nicole (kiri) semasa membuat lawatan kebajikan di rumah Yong Nai di Bukit Kristal, Seremban pada Selasa.
Nicole (kiri) semasa membuat lawatan kebajikan di rumah Yong Nai di Bukit Kristal, Seremban pada Selasa.
A
A
A

SEREMBAN - Jumlah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Negeri Sembilan pada tahun ini mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan berkata, pada awal Januari lalu, jumlah keseluruhan penerima ialah seramai 26,313 orang.

Beliau berkata, di daerah Seremban sahaja, JKM mempunyai seramai 8,226 penerima sehingga tempoh April ini.

"Kita menjangkakan akan ada lebih ramai lagi penerima selepas Had Pendapatan Garis Kemiskinan dinaikkan daripada RM980 ke RM2,208," katanya ketika ditemui selepas melawat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU), Chee Yong Nai, 59, yang tiada pekerjaan akibat penyakit kencing manis di Taman Bukit Kristal di sini pada Selasa.

Hadir sama ialah Penolong Pegawai JKM Daerah Seremban, Rosnah Mat@Ali.

Sementara itu, Nicole berkata, peningkatan berkenaan akibat pandemik Covid-19 yang menyebabkan ramai rakyat negeri ini terkesan dan memerlukan bantuan sokongan.

Sementara itu, Yong Nai yang kehilangan kaki kiri selepas dipotong dua minggu lalu akibat penyakit diabetes berkata, dia gembira kerana akan diberi bantuan kaki palsu.

Menurutnya, dia tidak mampu bekerja dan hanya mengharapkan bantuan anak sulungnya yang berusia 17 tahun bekerja separuh masa.

Artikel Berkaitan: