Kereta, rumah dihempap pokok tumbang

Laporan pokok tumbang dikongsikan oleh JBPM pada petang Isnin.
Laporan pokok tumbang dikongsikan oleh JBPM pada petang Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rumah, kereta dan gerai penjaja antara yang terjejas dihempap pokok tumbang susulan hujan serta angin kuat di sekitar ibu kota pada petang Isnin.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, seorang wanita serta lima anaknya diselamatkan ketika pokok tumbang menghempap sebuah rumah di Jalan Perkasa Taman Maluri.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu tiba ke lokasi kejadian pada jam 6.59 petang diketuai Komander Operasi, Mohd Razi Mohd Zain bersama enam anggota.

"Kesemua mangsa iaitu wanita berusia 33 tahun manakala anaknya berusia lapan hingga 13 tahun tidak mengalami kecederaan," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan sama, selain kes tersebut, terdapat tiga lagi kes pokok tumbang diterima melibatkan kawasan di bawah jagaan BBP Hang Tuah, BBP Bandar Tun Razak dan BBP Cheras.

Antara kenderaan yang dihempap pokok tumbang di sekitar Jalan Perkasa pada petang Isnin.
Antara kenderaan yang dihempap pokok tumbang di sekitar Jalan Perkasa pada petang Isnin.

"BBP Cheras menerima panggilan insiden pokok tumbang di Pangsapuri Indah Mas dan Taman Shamelin Perkasa manakala BBP Bandar Tun Razak menerima laporan di lokasi Pondok Polis Permaisuri di Bandar Sri Permaisuri dan Taman Ikan Emas, Jalan Kaskas. Sementara BBP Jalan Hang Tuah di Taman Rama-Rama Cenderasi Bukit Aman.

"Kesemua insiden tersebut tidak melibatkan mangsa. Anggota bomba memotong dan mengalihkan pokok tumbang dan memastikan kawasan dalam keadaan selamat," menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, pihaknya turut memaklumkan terdapat beberapa kereta yang terlibat dalam insiden pokok tumbang di sekitar lokasi di Jalan Perkasa.