Sindiket kartel projek: Lapan individu disambung reman

Azam Baki
Azam Baki
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lapan individu yang sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sindiket kartel projek kerajaan disambung reman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, tujuh daripada mereka disambung reman sehingga 15 April manakala seorang lagi sehinga 16 April ini.

“Tujuh daripadanya disambung hingga Khamis ini dan seorang lagi sehingga pada Jumaat ini,” katanya kepada Bernama pada Isnin.

Pada 4 April lalu, SPRM berjaya membongkar sindiket kartel yang dipercayai memonopoli sejumlah 354 tender kerajaan bernilai RM3.8 bilion sejak tujuh tahun lalu

Setakat ini, lapan individu berusia antara 35 dan 47 tahun termasuk seorang juruukur bahan gred 48 daripada sebuah agensi kerajaan telah ditahan. - Bernama

Artikel Berkaitan: