Sorok dadah dalam rokok

Dadah disyaki heroin yang ditemui dalam kotak rokok suspek.
Dadah disyaki heroin yang ditemui dalam kotak rokok suspek.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tingkahlaku mencurigakan seorang lelaki membawa kepada penahanannya selepas didapati memiliki sejumlah dadah di Jalan Pendekar 13, Taman Ungku Tun Aminah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, suspek berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari.

"Semasa penahanan dibuat, lelaki ini sedang menunggang sebuah motosikal sebelum diarahkan berhenti oleh anggota peronda kerana mencurigai sesuatu.

"Pemeriksaan kemudiannya menemui satu paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin seberat 1.70 gram yang disorokkan dalam kotak rokok suspek," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Mohd Taib berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan turut mendapati suspek positif dadah jenis Morfin.

"Suspek kini ditahan di balai untuk membantu siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, tangkapan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: