Buka puasa di padang tidak dibenarkan

Kerajaan Pahang tidak membenarkan orang ramai berbuka puasa di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1, di sini sepanjang Ramadan tahun ini. Foto fail Sinar Harian.
Kerajaan Pahang tidak membenarkan orang ramai berbuka puasa di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1, di sini sepanjang Ramadan tahun ini. Foto fail Sinar Harian.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Kerajaan Pahang tidak membenarkan sebarang aktiviti berbuka puasa di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 sepanjang Ramadan tahun ini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Abd Rahim Muda berkata, keputusan itu dibuat bagi mengawal penularan wabak Covid-19 sekali gus mengelak berlakunya kluster baharu.

"Kita tahu setiap kali Ramadan padang MBK1 menjadi tumpuan orang ramai untuk berbuka secara bersantai bersama keluarga.

"Jadi, Kita harap orang ramai dapat patuhi arahan ditetapkan. Keputusan ini untuk kepentingan bersama," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Dalam pada itu, Abd Rahim berkata, mahu peniaga di 30 tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kerajaan Pahang.

Katanya, pembukaan 30 tapak perniagaan itu membabitkan seramai 1,836 orang dibenarkan berniaga di 58 lokasi.

"Saya difahamkan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) merekodkan jumlah peniaga paling ramai iaitu 885 orang membabitkan 25 lokasi.

"Semua peniaga diminta mematuhi SOP iaitu pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal satu meter, pemeriksaan suhu dan kebersihan gerai," katanya.

Artikel Berkaitan: