Hijau Kuning berlatih seperti biasa sepanjang Ramadan

Aidil Sharin ketika mengendali sesi latihan KDA sebagai persediaan mengharungi perlawanan Liga Super. - Foto FB Kedah Darul Aman FC
Aidil Sharin ketika mengendali sesi latihan KDA sebagai persediaan mengharungi perlawanan Liga Super. - Foto FB Kedah Darul Aman FC
A
A
A

KEDAH Darul Aman (KDA) FC akan menjalani latihan seperti biasa di sepanjang Ramadan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) berdasarkan kepada jadual baharu dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Bagaimanapun, ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak berkata, latihan itu tidak hanya dikhususkan pada waktu tertentu berikutan terdapat latihan yang akan diadakan pada petang dan malam.

“Kita telah pun menerima jadual baharu mengenai jadual perlawanan bagi saingan Liga Super yang akan terus berlangsung pada bulan Ramadan kali ini.

“Kita tidak berdepan masalah dengan jadual berkenaan dan latihan kita akan tetap berlangsung seperti biasa, namun setakat ini kita belum dapat kepastian mengenai venue latihan sama ada di Stadium Darul Aman atau di venue lain.

“Selain itu, latihan kita juga akan berlangsung seperti biasa sebagaimana seperti sebelum ini dengan tidak ada apa-apa perubahan yang dilakukan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Sepanjang Ramadan, Kedah FC bakal berdepan Perak FC di Stadium Perak pada 17 April, Kuala Lumpur City FC (Stadium Darul Aman, 23 April), Melaka United FC (Stadium Hang Jebat, 30 April), Johor Darul Ta'zim (Stadium Darul Aman, 4 Mei) dan berdepan Sabah FC di Stadium Likas, pada 8 Mei.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, latihan skuad The Rhinos itu diteruskan seperti biasa dalam usaha memastikan kecergasan pemain sepanjang Ramadan.

Bagaimanapun katanya, sepanjang Ramadan kali ini latihan hanya akan dibuat pada waktu malam.

Artikel Berkaitan:

“Latihan kali juga akan lebih menitik beratkan kepada stamina dan kecergasan pemain termasuk dengan situasi semasa melibatkan perlawanan-perlawanan yang akan kita harungi nanti,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!