Artis dikir barat agih air percuma sepanjang Ramadan

Poyie Gasi bersama isteri, Siti Nornabila mengagihkan air percuma bagi meringankan beban penduduk setempat sepanjang bulan puasa.
Poyie Gasi bersama isteri, Siti Nornabila mengagihkan air percuma bagi meringankan beban penduduk setempat sepanjang bulan puasa.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Artis dikir barat, Mohamad Zainuri Mohd Zin atau Poyie Gasi, 34, mengagihkan air percuma sepanjang Ramadan kepada lebih 200 penduduk di Kampung Gual Sitok di sini.

Poyie Gasi berkata, agihan air percuma yang disediakan bersama isteri, Siti Nornabila Ahamad, 30, bagi meringankan beban penduduk setempat sepanjang bulan puasa.

"Rata-rata penduduk di sini bekerja sebagai penoreh getah, jadi saya terpanggil untuk membantu mereka.

"Lagipun ini merupakan bekalan saham akhirat untuk arwah ayah dan bapa mentua yang sudah meninggal dunia," katanya kepada pemberita.

Beliau berterima kasih kepada kenalan dan rakan-rakan yang turut membantu memberi sumbangan bagi menjayakan program ini selepas dikongsikan melalui laman sosial, Facebook.

Rata-rata penduduk bekerja sebagai penoreh getah, jadi Poyie Gasi terpanggil untuk meringankan beban mereka.
Rata-rata penduduk bekerja sebagai penoreh getah, jadi Poyie Gasi terpanggil untuk meringankan beban mereka.

Beliau turut bercadang menjadikan sumbangan itu sebagai acara tahun sepanjang Ramadan akan datang.

"Setiap hari saya akan menyediakan dua hingga tiga jenis air untuk diagihkan kepada penduduk setempat.

"Ini merupakan khidmat sosial saya kepada penduduk sepanjang 'berehat' daripada membuat persembahan sepanjang Ramadan," katanya.