KPN belum bertemu Hamzah

Hamzah Zainudin, Abdul Hamid Bador
Hamzah Zainudin, Abdul Hamid Bador
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador belum mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin kerana masih lagi dalam tempoh bercuti.

Abdul Hamid berkata, beliau akan mula bekerja pada Khamis ini.

"Belum, saya mula kerja Khamis ini," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad ketika mengulas lanjut berkaitan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri itu.

Abdul Hamid bagaimanapun tidak menyatakan tarikh sebenar untuk bertemu dengan Hamzah.

Pada Sabtu, Abdul Hamid Bador memaklumkan beliau mengadakan pertemuan dengan Hamzah berkaitan pelaksanaan pertukaran jawatan pegawai kanan polis.

Menurutnya, perjumpaan itu juga bagi menjelaskan kedudukan serta kuasa autoriti selaku Ketua Polis Negara.

"Saya difahamkan pelaksanaan pertukaran jawatan pegawai kanan polis ditangguhkan Menteri Dalam Negeri.

"Tindakan saya mengeluarkan perintah pertukaran tersebut yang sepatutnya dilaksanakan saya selaku Ketua Polis Negara sepertimana undang-undang menyatakan Command and Control kawal selia PDRM (Polis Diraja Malaysia) ini adalah di bawah tanggungjawab saya sebagai KPN," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Pertukaran jawatan: KPN akan bertemu Menteri KDN

Sebelum ini, tular di Facebook mendakwa campur tangan politik membabitkan menteri kabinet berlaku sehingga mengeluarkan arahan penangguhan pertukaran ketua polis.