Saya dapat lihat keikhlasan Pas: Najib

Najib bersama ahli UMNO Pekan pada majlis tersebut.
Najib bersama ahli UMNO Pekan pada majlis tersebut.
A
A
A

PEKAN- Kerjasama membabitkan UMNO dan Pas adalah untuk kebaikan dan penyatuan ummah di negara ini.

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedua-dua parti itu dilihat semakin baik hubungannya.

Beliau mengakui dapat melihat keikhlasan Pas untuk bekerjasama dengan UMNO terutamanya ketika PRK Parlimen Cameron Highlands baru-baru ini.

"Sewaktu minum pagi saya bersama dengan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di sebuah gerai di Sungai Koyan, Cameron Highlands,.. kemudian didatangi Muslimat Pas mengedarkan risalah lima sebab kenapa perlu sokong calon daripada BN.

"Daripada situ, saya dapat lihat wujudnya persefahaman antara kedua-dua parti dan keikhlasan Pas untuk membantu dan bekerjasama dengan UMNO,” katanya.

Beliau ketika berucap pada Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Cawangan UMNO dan Pergerakan Sayap-Sayap UMNO Bahagian Pekan di Dewan Amphitheater Bangunan Umno Bahagian Pekan hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly, Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Khairuddin Mahmud dan barisan kepemimpinan UMNO bahagian itu.

Selain itu, katanya, UMNO tidak boleh menganggap parti itu tidak memerlukan sokongan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak serta kaum Cina dan India.

Artikel Berkaitan:

"Jangan kita bersikap ekstrem, jangan kata kita tidak perlu pengundi kaum lain.

“Kita perlu undi mereka untuk menjadikan kita sebagai parti yang kuat," katanya.