X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

PH ambil pendekatan 'khemah besar'

A
A

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) mengambil pendekatan 'khemah besar' dalam usaha menyatupadukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira pegangan politik.

Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam kenyataan hari ini berkata pendekatan itu adalah bagi memulihkan kembali sistem demokrasi berparlimen dengan menamatkan penggantungan Parlimen.

Menurutnya bagi tujuan itu satu memorandum yang ditandatangani oleh semua Ahli Parlimen yang menyokong pembukaan semula Parlimen akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara bagi menjunjung titah nasihat baginda bahawa darurat tidak menghalang Parlimen untuk bersidang.

“Kami menegaskan kesediaan untuk berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak, berdasarkan prinsip dan agenda Reformasi, demi kepentingan rakyat, tanpa melibatkan kleptokrat,”menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Khemah besar, atau kelompok parti adalah merujuk kepada dasar parti-parti politik yang membenarkan atau menggalakkan pandangan pada spektrum yang lebih luas dalam kalangan anggotanya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!