Kalau audio itu betul apa masalahnya, soal Anwar

Anwar turut menerima sebuah buku daripada Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Zaid Ahmad yang turut hadir pada program berkenaan sebagai cenderahati.
Anwar turut menerima sebuah buku daripada Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Zaid Ahmad yang turut hadir pada program berkenaan sebagai cenderahati.
A
A
A

KAJANG - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan rakaman audio tular yang mengaitkan beliau dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hanya sebagai satu siri serangan politik.

Beliau juga menegaskan sekiranya audio itu benar sekalipun ia tidak dapat dikategorikan sebagai satu kesalahan jenayah sebaliknya perbuatan mengintip adalah jelas sebagai jenayah yang sebenar.

"Kalau betul... apa masalahnya? Ada khianat di situ? Ada rasuah di situ? Ada kesalahan jenayah? Tidak ada. Isu audio itu bukan keutamaan pada ketika ini, sebaliknya ia disifatkan sebagai satu serangan politik.

"Apa isu dia? Mengeluarkan, mengintip satu rakaman, itu satu kesalahan. Siapa yang lakukan kalau ia benar tulen?

"Kedua, apakah benar kerajaan ini, Menteri Dalam Negeri, Menteri Komunikasi riuh rendah? Tak pernah dengar audio dan video yang lain? Banyak. Nampaknya, sekarang ini modal politiknya adalah untuk hebahkan Anwar-Zahid," katanya ketika menjawab soalan Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff pada sesi Program Minda TV: Bicara Tokoh anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) secara dalam talian di Facebook MPN pada Sabtu.

Dalam pada itu, Anwar yang merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, banyak audio dan video lain yang tular sebelum ini, yang secara jelas mempersoal isu prinsip.

"Siapa tak dengar lagi audio Tan Sri Muhyiddin (Yassin) yang kaitkan nama Yang di-Pertuan Agong, kaitkan akan beri jawatan menteri dan GLC kepada UMNO?

"Bermakna, UMNO boleh dibeli. Sebab itu, kadang-kadang kalau kita tengok sesetengah menteri itu melompat sekarang, sebab bukan nak jaga ahli UMNO atau rakyat Melayu yang kononnya diwakili. Itu soal prinsipal.

Artikel Berkaitan:

"Soal laporan (polis) memang belum, sebab saya baru balik dari Port Dickson," katanya ketika menjawab gesaan beberapa pihak supaya beliau segera membuat laporan polis.

Beliau juga berpandangan isu audio tular yang mengaitkan beliau dengan Ahmad Zahid juga bagi mengalih perhatian terhadap kelemahan pentadbiran kerajaan ketika ini.

"Sekarang kita fikir, sekarang serius, apa isu dia? Isunya, nak alih isu yang tular sekarang, (iaitu) penggantungan Parlimen dan pengabaian dasar dan nasib rakyat.

"Ini yang dia nak alih. Lantas, audio itu menjadi satu keutamaan. Apa masalah dia," soalnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman audio didakwa mirip suara Anwar-Ahmad Zahid tersebar

Rakaman suara mirip Anwar, Zahid tulen: Annuar

Rakaman audio: Zahid, Anwar belum buat laporan polis