Seminggu tidur tak sedarkan diri

Siti Raisa Miranda, 16, didakwa mengalami sindrom ‘puteri tidur’ atau nama saintifiknya Kleine-Levin Syndrome (KLS). Foto: Kompas.com
Siti Raisa Miranda, 16, didakwa mengalami sindrom ‘puteri tidur’ atau nama saintifiknya Kleine-Levin Syndrome (KLS). Foto: Kompas.com
A
A
A

JAKARTA- Pelik tapi benar! Itulah yang berlaku kepada seorang remaja perempuan dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan, yang tertidur selama tujuh hari tanpa sedarkan diri.

Memetik Kompas.com, Siti Raisa Miranda, 16, tidur sejak 1 April lalu dan didakwa mengalami sindrom ‘puteri tidur’ atau nama saintifiknya Kleine-Levin Syndrome (KLS).

Remaja itu yang dikenali sebagai Echa merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik.

Menurut bapanya, Mulyadi, Echa kerap tidur selama berhari-hari dan mengalami sindrom tersebut sejak berusia 13 tahun.

“Kalau tidak menghidapi sindrom itu, Echa normal sahaja, dia bermain dan bersekolah macam biasa. Namun, apabila tidur, dia akan jadi seperti ini” katanya.

Mulyadi berkata, anaknya itu pernah tertidur selama 13 hari berturut-turut sebelum ini, malah mereka terpaksa mengejutkannya untuk makan dan minum serta ke tandas.

“Keadaannya sangat lemah sebab terlalu mengantuk. Kami risau juga, tetapi kami paksa dia makan dan minum supaya dapat bertahan.

“Dalam tempoh empat bulan sebelum ini, dia sudah tertidur selama dua kali, kali terakhir pada Disember tahun lalu,” katanya.

Artikel Berkaitan: