MES himpun 2,000 atlet e-sukan negara

Aimanhaq Zaharudin
Aimanhaq Zaharudin
A
A
A

KEJOHANAN Malaysia Esports Series (MES) 2021 berjaya menghimpunkan lebih 2,000 atlet e-sukan negara terdiri daripada 16 pasukan mewakili setiap kategori yang bakal berentap untuk acara 'Grand Finale' pada Jumaat.

Acara MES 2021 telah berlangsung pada 24 Mac 2021 (pusingan kelayakan) hingga Ahad ini menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 bakal menjadi rebutan dalam kalangan atlet untuk merangkul gelaran juara pada kejohanan ini.

Pengerusi penganjur, Aimanhaq Zaharudin berkata, penonton kejohanan MES 2021 yang bertuah bakal memenangi dua buah telefon pintar dan sebuah Konsol PS5.

"Pada Jumaat, Grand Finale akan membuka tirai dengan PUBGM, manakala FIFA 21 akan berlangsung pada Sabtu sebelum kemuncak acara iaitu Mobile Legend Bang Bang pada Ahad.

"Dijangkakan, Grand Finale MES 2021 akan menyajikan pelbagai kejutan buat peminat e-sukan negara terutamanya selepas Team Haq mencipta kejutan awal pada pusingan kelayakan yang lalu," katanya.

Beliau juga Pengasas/Pemilik Pemilik THQ Esports Club turut berbangga dengan kejohanan ini kerana telah berjaya menarik minat pasukan antarabangsa yang terkemuka seperti Todak.

Legenda bola sepak negara Safee Sali.
Legenda bola sepak negara Safee Sali.

Bukan itu sahaja, katanya, penampilan legenda bola sepak negara Safee Sali dalam pusingan akhir pada Sabtu ini turut memberi gambaran sokongannya terhadap perkembangan e-sukan di negara ini yang kian mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, artis tempatan yang terkenal dengan lagu bergenre balada ‘Peluang Kedua’, Nabila Razali juga akan hadir bagi merancakkan majlis penutup kejohanan MES 2021 yang bertemakan e-sukan bukan sekadar hobi pada Ahad ini.

Sementara itu, penganjur juga mengalu-alukan kedatangan peminat-peminat e-sukan negara untuk turut serta sepanjang Grand Finale kerana pelbagai tips dan komen terhadap kejohanan MES 2021 akan diberikan oleh atlet tersohor e-sukan iaitu MasterRamen dan Xorn.