Wanita tular borang rentas negeri beri keterangan

Suspek (kiri) bersama ahli keluarga tiba di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Kemaman pada jam 11.30 pagi pada Khamis. Status tular wanita terbabit di media sosial yang memaparkan borang rentas negeri kosong berserta cop dan tandatangan.
Suspek (kiri) bersama ahli keluarga tiba di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Kemaman pada jam 11.30 pagi pada Khamis. Status tular wanita terbabit di media sosial yang memaparkan borang rentas negeri kosong berserta cop dan tandatangan.
A
A
A

KEMAMAN - Seorang wanita berusia 28 tahun tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di sini untuk memberi keterangan berhubung borang rentas negeri kosong berserta cop dan tandatangan yang ditularkan di media sosial pada Rabu.

Ketua Polis Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, wanita terbabit tiba di IPD Kemaman pada jam 11.30 pagi, Khamis.

"Wanita berkenaan disiasat berhubung salinan borang rentas negeri kosong dikeluarkan Balai Polis Chukai dengan tandatangan Ketua Polis Balai Chukai berserta tulisan 'Dapat info terbaru ialah 'approve' dulu baru isi 'form' yang ditularkan di media sosial," katanya.

Hanyan dalam kenyataan pada Khamis berkata, polis membuka kertas siasatan berhubung isu borang rentas negeri kosong berserta cop dan tandatangan yang ditularkan di media sosial.

Beliau berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati terdapat pemalsuan tandatangan milik Ketua Polis Balai Chukai, Inspektor Mohamad Ramizan Ramli pada borang tersebut.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan bagi maksud menipu dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

"Bagi kesalahan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan, orang yang dituduh (OKT) boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

"Bagi kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) OKT boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Hanya sebelum ini berkata, borang rentas negeri itu diberikan kepada seorang wanita untuk ke Kuala Lumpur bagi menghadiri temuduga yang dijadualkan pada Khamis.