KPJ Puteri beri sumbangan pada Pusat Vaksin Hospital Sultanah Aminah tangani Covid-19

Haliza (dua, kiri) bersama Timbalan Pengarah HSA (Pengurusan), Iszalhamiyah Mohamed (dua, kanan) menyampaikan monitor komputer sebagai simbolik penerimaan komputer bagi kegunaan Pusat Vaksin HSA.
Haliza (dua, kiri) bersama Timbalan Pengarah HSA (Pengurusan), Iszalhamiyah Mohamed (dua, kanan) menyampaikan monitor komputer sebagai simbolik penerimaan komputer bagi kegunaan Pusat Vaksin HSA.
A
A
A

JOHOR BAHRU- Dalam memastikan kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Pertama untuk barisan hadapan, sektor swasta mendukung pelaksanaannya melalui Kerjasama Awam-Swasta.

Atas tanggungjawab tersebut, Hospital Pakar KPJ Puteri (KPJ Puteri) menyumbang tiga buah komputer bagi kelancaran implementasi program tersebut untuk Pusat Vaksin Hospital Sultanah Aminah.

Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Puteri, Haliza Khalid berkata, “Kami berharap sumbangan ini dapat meningkatkan lagi persiapan, terutama infrastruktur Pusat, untuk melancarkan proses Program Imunisasi Covid-19 Nasional, fasa pertama yang diharapkan selesai pada April ini sejak dilancarkan pada akhir Februari.

"KPJ Puteri akan terus memainkan peranannya sebagai pengendali swasta untuk menyokong dan menyediakan kesediaan dalam bentuk apa pun yang diperlukan oleh kerajaan," katanya dalam satu kenyataan media selepas menyerahkan komputer untuk pusat Vaksin Hospital Sultanah Aminah, di sini, hari ini.

Puan Haliza berkata KPJ Puteri menyokong penuh usaha Kementerian Kesihatan (KKM) dan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) untuk memberikan vaksinasi kepada barisan penjagaan kesihatan.

PJ Puteri juga memastikan bahawa semua pakar perubatannya telah divaksin, diikuti anggota barisan hadapan hospital akan menerima vaksin secara berperingkat mulai pertengahan April.

Artikel Berkaitan: