Pegawai imigresen bersekongkol godam sistem direman

Dua pegawai imigresen dibawa ke mahkamah untuk permohonan tahanan reman.
Dua pegawai imigresen dibawa ke mahkamah untuk permohonan tahanan reman.
A
A
A

PUTRAJAYA - Dua pegawai Jabatan Imigresen Malaysia yang diberkas kerana dipercayai bersekongkol dengan sindiket menggodam sistem jabatan itu direman selama tujuh hari.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Putrajaya, Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tempoh tahanan reman itu bermula Jumaat dan berakhir pada Khamis depan.

Kedua-dua pegawai imigresen gred KP19 itu berusia 34 dan 42 tahun dikenal pasti terlibat membantu sindiket menjalankan aktiviti penggodaman sistem tersebut.

Kakitangan imigresen tersebut turut dipercayai menerima rasuah sebagai habuan kerana bersubahat dalam kegiatan berkenaan.

Setakat ini, seramai 11 individu termasuk ketua sindiket bergelar datuk dan bekas pegawai imigresen ditahan dalam operasi yang dijalankan SPRM bersama jabatan itu.

Sindiket berkenaan merupakan sindiket terbesar terlibat dalam pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu yang mengakibatkan kerugian kepada hasil kerajaan dalam bentuk levi pekerja asing mencecah ratusan juta ringgit.

Artikel Berkaitan: