Khalis, abang penyanyi Tajul derita sakit

Gambar Khalis yang pucat dan cengkung tular di Facebook.
Gambar Khalis yang pucat dan cengkung tular di Facebook.
A
A
A

SEREMBAN - Penyanyi Khalis yang juga adik kepada vokalis Spin, Allahyarham Achik kini menderita sakit dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini pada Rabu.

Adik kepada Khalis iaitu penyanyi Tajul atau nama sebenarnya Tajul Arif Noor Md Shari ketika dihubungi Sinar Harian bagaimanapun tidak dapat mengesahkan penyakit sebenar Khalis.

Namun, Tajul tidak menolak kemungkinan ia disebabkan buatan orang.

"Wallahulam, saya pun tak tahu. Tapi kalau orang tengok gambar abang saya, orang pun orang boleh jangkakan dia sakit apa.

"Dia sakit teruk sejak empat hari lepas sampai tidak boleh berjalan, terbaring saja dan cakap pun tak berapa betul," katanya.

Tajul berkata, dua hari lalu keluarga ada ikhtiar berubat cara Islam dan keadaan Khalis mula menunjukkan perubahan positif.

"Dia dah boleh berdiri dan bercakap. Tapi keesokkannya keadaannya tak sihat semula sehingga ahli keluarga terpaksa menghantarnya ke hospital.

"Saya pun tak berkesempatan lagi balik ke Seremban, tapi sentiasa dapatkan perkembangan dengan adik-beradik lain yang ada di Seremban," katanya.

Artikel Berkaitan:

Keadaan kesihatan Khalis yang merupakan bekas vokalis The Real Spin menimbulkan tanda tanya selepas gambarnya yang didukung seseorang dengan keadaan mukanya yang pucat dan fizikal yang cengkung tular di Facebook.

Setahu Tajul, Khalis tidak mempunyai penyakit lain selain menghidap kencing manis.

Sementara itu Tajul mengharapkan doa orang ramai untuk kesembuhan abangnya itu.

"Saya memang nak balik tengok abang. Tengoklah Kalau dapat surat rentas negeri nanti, saya akan balik," katanya