Borang rentas negeri bertandatangan palsu

Borang rentas negeri kosong yang didakwa milik Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam disahkan terdapat pemalsuan tandatangan.
Borang rentas negeri kosong yang didakwa milik Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam disahkan terdapat pemalsuan tandatangan.
A
A
A

SHAH ALAM - Borang rentas negeri kosong yang didakwa milik Balai Polis Seksyen 6 di sini disahkan terdapat pemalsuan tandatangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, siasatan awal dijalankan terdapat pemalsuan tandatangan Penolong Ketua Polis Balai Seksyen 6 tersebut.

“Siasatan mendapati pemalsuan tandatangan itu milik Sarjan Mejar Mohd Fadzli Ali.

“Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada Khamis, tular borang rentas negeri Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam di media sosial dengan bertandatangan dan bercop Penolong Ketua Balai Polis Seksyen 6.

Artikel Berkaitan: