Bekalan air di Kuala Lumpur, Gombak pulih sepenuhnya

Gangguan bekalan air di semua 58 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pulih sepenuhnya jam 8.15 malam Khamis. - Gambar hiasan
Gangguan bekalan air di semua 58 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pulih sepenuhnya jam 8.15 malam Khamis. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air di semua 58 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pulih sepenuhnya jam 8.15 malam Khamis.

Bekalan air pulih lebih awal sembilan jam berbanding jangkaan pemulihan menyeluruh pada jam 5 pagi Jumaat.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memuat naik status di Facebook memaklumkan, gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah di Empangan Klang Gates yang menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju pada Selasa.

"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini," katanya.

Katanya, Air Selangor turut memohon kerjasama pengguna untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera.

Sebanyak 58 kawasan iaitu 46 kawasan di Kuala Lumpur dan 12 kawasan di Gombak terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual itu.

Artikel Berkaitan: