88 peratus akui vape bantu berhenti merokok

Hasil tinjau selidik Malaysian Insights & Perspectives on Vape (Pandangan & Perspektif Rakyat Malaysia tentang Vape) yang dikendalikan oleh Green Zebras.
Hasil tinjau selidik Malaysian Insights & Perspectives on Vape (Pandangan & Perspektif Rakyat Malaysia tentang Vape) yang dikendalikan oleh Green Zebras.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tinjau selidik yang dilakukan oleh Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA) mendapati sebanyak 88 peratus penghisap rokok berjaya berhenti merokok dengan bantuan vape atau rokok elektronik.

Tinjauan yang sama juga mendapati sebanyak 79 peratus yang menggunakan vape dan masih menghisap rokok, semakin kurang merokok sejak menggunakan vape.

Sebanyak 66 peratus daripada perokok sedia ada akan mula menggunakan vape atau meneruskan penggunaan vape dengan matlamat untuk berhenti merokok secara sepenuhnya.

Penemuan itu hasil tinjau selidik Malaysian Insights & Perspectives on Vape (Pandangan & Perspektif Rakyat Malaysia tentang Vape) yang dijalankan atas permintaan MVIA dan dikendalikan oleh Green Zebras, sebuah syarikat penyelidikan pasaran terkemuka di Malaysia.