Kesilapan mudah hukum Liverpool

Liverpool berdepan tugas sukan untuk aksi timbal balik di Anfield selepas tewas kepada Real Madrid 1-3 pada perlawanan pertama di Estadio Alfredo Di Stefano.
Liverpool berdepan tugas sukan untuk aksi timbal balik di Anfield selepas tewas kepada Real Madrid 1-3 pada perlawanan pertama di Estadio Alfredo Di Stefano.
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui pasukannya gagal beraksi pada tahap sepatutnya selepas tewas kepada Real Madrid 1-3 dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Estadio Alfredo Di Stefano pada awal pagi Rabu.

Menurutnya, The Reds gagal menyaingi kemampuan pasukan gergasi Sepanyol itu sekali gus memberikan kelebihan selesa kepada Real menjelang aksi timbal balik di Anfield pada 15 April ini.

"Sudah tentu kami tidak layak menang hari ini. Kami tidak bermain dengan baik terutama di separuh masa pertama. Kami berjaya menekan dan lawan terpaksa mencuba daripada jarak jauh, kami berjaya memenangi bola tetapi kami juga memberikan bola mudah kepada mereka.

"Bola sepak adalah permainan di mana kesilapan adalah perkara biasa, tetapi anda harus membuat kesalahan di tempat yang betul. Sekiranya anda melakukannya, anda boleh memenangi bola dengan melakukan tekanan kepada pihak lawan. Tetapi, apabila anda memberikan bola mudah kepada lawan, ia akan menjadi situasi sukar kepada pasukan," katanya.

Dalam perlawanan itu, Vinicius Junior membuka tirai jaringan pada minit ke-27 disusuli jaringan Marco Asensiso pada minit ke-36 sebelum Mohamed Salah cuba merapatkan kedudukan buat Liverpool menerusi jaringan pada minit ke-51.

Junior sekali lagi muncul penjaring buat Real menerusi gol pada minit ke-65 untuk memastikan bekalan selesa sebelum berkunjung ke Anfield minggu depan.

Dalam pada itu, Klopp tidak mahu menyalahkan sepenuhnya kepada benteng pertahanan pasukan walaupun dua gol yang dijaringkan Real dalam perlawanan itu berpunca daripada kealpaan benteng pertahanan.

"Memang ada kesilapan yang dilakukan barisan pertahanan terutama memberikan gol mudah kepada Real. Tetapi, saya lebih tekankan mengenai kegagalan penguasaan bola dalam perlawanan ini yang membuatkan kami tewas.

Artikel Berkaitan:

"Jika anda gagal menguasai perlawanan ketika menentang pasukan hebat seperti Real, maka anda akan dihukum terutama dengan pemain mereka yang berkelas dunia. Ada dua gol yang nampak seperti kesilapan pertahanan dan memberikan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol.

"Kami seharusnya bertahan dengan lebih baik, tetapi ini bukan soal pertahanan semata-mata tetapi perkara yang sepatutnya betul kami lakukan dalam perlawanan ini," katanya.