Dua direman kes tuntutan palsu selenggara bot Klinik Bergerak 1Malaysia

Pengarah syarikat dan seorang penjawat awam dibawa ke Mahkamah Majistret Sandakan pada Rabu bagi permohonan reman untuk membantu siasatan SPRM Sabah.
Pengarah syarikat dan seorang penjawat awam dibawa ke Mahkamah Majistret Sandakan pada Rabu bagi permohonan reman untuk membantu siasatan SPRM Sabah.
A
A
A

KOTA KINABALU - Dua lelaki direman selama enam hari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu membabitkan penyelenggaraan bot Klinik Bergerak 1Malaysia di Kinabatangan pada 2019 yang bernilai RM336,000.

Menurut sumber, dua lelaki yang masing-masing sebagai pengurus syarikat dan penjawat awam berusia 46 tahun itu ditahan ketika hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Sandakan kira-kira jam 3 petang Selasa.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kedua-dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Sandakan bagi permohonan reman.

Majistret, Wan Farrah Farriza Wan Ghazal membenarkan tempoh tahanan reman Rabu hingga Isnin depan.

Artikel Berkaitan: