SPR tubuh 4 pasukan penguat kuasa pilihan raya

Azhar Azizan Harun
Azhar Azizan Harun
A
A
A

SEMENYIH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan empat Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau aktiviti sepanjang tempoh berkempen PRK DUN Semenyih bermula hari ini hingga jam 11.59 malam, 1 Mac ini.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, ia selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Menurutnya, SPR turut melantik 134 pemerhati pilihan raya daripada 12 organisasi terdiri daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, organisasi dan dua individu berkelayakan untuk memantau proses PRK.

“Pada penamaan calon kali ini, SPR juga sediakan surat aku janji ditandatangani calon yang mengandungi 10 aku janji mematuhi segala peraturan ditetapkan di bawah akta tersebut.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut buka bilik gerakan beroperasi 24 jam di pejabat Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan pegawai mereka akan buat pemantauan di lapangan,” katanya.

Beliau berkata, calon dilarang menggunakan bahan kempen mengandungi perkataan menimbulkan perasaan jahat, berunsur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama yang boleh mendatangkan permusuhan.

"PP-KPR berhak menurunkan bahan kempen berunsur negatif atau melanggar undang-undang pilihan raya.

“Diingatkan calon perlu dapat permit daripada polis untuk setiap ceramah dianjurkan dan boleh dikenakan tindakan jika aktiviti ceramah dijalankan tanpa permit,” katanya.

Artikel Berkaitan: